Wednesday, June 06, 2007
Blog berehat sementara

Salam untuk semua!

Mulan berehat sementara dari menulis blog. Thanks pada yg sudi singgah. :) Insya-allah bila ilham datang nanti, saya akan kembali di sini. Hehehe... Shades

Sebelum mengundur diri, cubalah jenguk links di bawah di kala boring:
www.arcade99.com (jom main flash games!!)
www.proxymy.com (ProxyMy.com - Secure, Free, Anonymous - Surf the Internet without being traced or tracked dan untuk access website yg terhalang oleh proxy office anda.. heheheh)

Adios amigos!


Posted at 03:51 am by mulan
Comment (1)  

Tuesday, May 23, 2006
Gembiranya...

Foto anak2 sedara kat pantai hari tu.. Tengoklah budak-budak tu.. Dah dapat masuk dalam air, bukan main lagi. Sekali kena pukul dek ombak.. gedebushh.. tergolek semuanya.. hahahhahaa..!

Posted at 04:59 pm by mulan
Comment (1)  

Friday, April 21, 2006
Alahai blogku..

Orang ada blog. Saya pun ada (tapi berkurun tak masuk entri hihihi..). Dalam kepala ada macam-macam. Pening kepala nak sambung belajar. Tapi tempat tak dapat lagi. Bulan lima kena ajar course, tapi nota tak siap lagi. Arghhhh..!!! Dua tiga hari lepas, tengah-tengah tensen, terus call member lama, Lin. Borak cam dunia ni ana yang punya. Tak sedar cik abang dah bangun tidur dan tunggu kat meja makan. Alamak! Nasi goreng tak siap lagi.. jap eh bang. Heheh.. Lepas call kawan tu, sambil masak nasi goreng saya dok terfikir(atau boleh diconsider sebagai berangan :)), dah lamanya tak ketawa camgini eh.. bosan ke hidup aku sekarang ni? Tertekan sungguh la semenjak dua menjak ni. Teringat kawan-kawan lama.. syoknya kenangan kehidupan dulu-dulu. Rindunyaaaa!!

Posted at 03:15 pm by mulan
Comment (1)  

Thursday, July 07, 2005
Asam Pedas Gula Melaka

Dah empat hari saya pulun nak menghabiskan buku ni. Akhirnya, berjaya juga menghabiskan 588 halaman dengan rasa puas hati! Nak tahu buku apa? Apabila saya membaca buku ini, saya dapat merasakan semangat yang ditunjukkan oleh Cikgu Mer (Puan Hajah Norbi Husin) dan seolah-olah saya berada di hadapannya dan menyaksikan bagaimana beliau menangani semua masalah di sekolahnya. Peristiwa yang berlaku digarap dengan penuh perasaan. Ada cerita lucu dan ada juga yang sedih. Kelakar juga sebab saya dah 'termenangis' sama apabila beliau menceritakan detik-detik yang penuh keharuan apabila diraikan dalam jamuan perpisahan di sekolahnya. Beliau telah mencurahkan seluruh tenaga dalam menjadi pendidik. Saya pulak bagaimana? ;)
 

                                         
   
Judul : Asam Pedas Gula Melaka
Pengarang : Norbi Husin
Penerbit : Utusan Publications & Distrbutors
Genre : Motivasi
Mukasurat : 588  halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9676117455


Posted at 05:00 pm by mulan
Comments (5)  

Friday, June 03, 2005
Hem.. tak puas hati!

Boring tul, kalau citer takde ending ni... Bagi la ending, bagi penonton puas hati sket.

1. Tak pueh hati citer TVB - Square Pegs berakhir camtu jek. Kawin ke tak pun tak tau la hero dan heroinnya tu.. (nak Ah Wong pilih Ah Fong.. Pui Kuan tarik diri la bagus hehehe..)

2. Lagi satu geram kat novel yang baru beli hari tu - Cinta Selembut Salju (Amaruszati) .. Kenapa ada 3 cerita dalam satu novel? Kenapa? Kenapa? Tak puas la baca.. huwaaa! Buat la cerita macam Bila Sena Kembali Berbunga tu.. siap ada sequel lagi. Baru la best..

Ni yang rasa nak buat cerita sendiri ni..

Posted at 11:25 am by mulan
Comment (1)  

Wednesday, June 01, 2005
Shopping Sorang-sorang

Hehehhe.. memandangkan ramai orang cuti dan rasa keboringan yang teramat kerana berseorangan takdak member, pukul 12 tadi saya menghala ke Jusco (Syyyyy...!)

Beli apa ek? First, sebelum terlupa pi orderkan untuk abang bateri Xplore G88. Bateri sedia ada dia dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Baru on handphone beberapa jam dah 'kiok'! Selepas tu, dok terfikir nak carikan hadiah untuk dak Liza kawin Sabtu ni. Liza ni member dari sekolah rendah sampaila Form 3. Lepas Form 3, memang jarang dah jumpa. Kali terakhir jumpa masa sembahyang raya 2 tahun lepas. Belek punya belek, dapat satu frame gambar.. buleh la agaknya. Beli wrapper dan beli kad sekali.

Hemmm.. nak merayau ke mana plak ek.. Pergi level bawah, tengok CD. Tak berkenan! Masuk kedai roti La Boheme tu..tak kenan gak roti dia (sebab nak cari donut, takde) Pergi bahagian baju-baju, wahh tengah sale ler Jusco ni. Tapi, baru jer beli T-Shirt hari tu.. kansel. Jamu mata jer! Naik atas balik, terjumpa kedai Sinma. Beli cekak rambut.. Lepas tu, mati akal dah nak pi mana. Tengok2 dah dekat pukul dua :) Lastly, masuk kedai buku beli novel! Tajuk apa tah, karya Amiruszati Noor Rahim. Harap-harap sedap ler ceritanya. Oopss.. pukul 2! Zuuuummm.. drive balik opis!

Posted at 03:59 pm by mulan
Comments (2)  

Tuesday, May 31, 2005
Kebun

Hari ni nak cerita pasal kebun kat belakang rumah kat kampung. Kat dalam gambar tu sebenarnya ada pokok koko. Pernah tak korang petik buah koko? Saya biasa petik buah koko masa zaman sekolah dulu dengan emak. Punyalah banyak nyamuk. Biasanya lepas petik tu, kami akan lepak kat dalam kebun tu. Kena cari tempat terang sikit, sebab nyamuk ni suka berkerumun kat badan orang. Lepas tu, buah koko tu kena dibelah dua dan ambil isinya letak dalam guni. Isinya kena ramas-ramaskan supaya dia berderai dan nak keluarkan bebenang koko tu. Selepas tu, guni berisi koko tu dibawa balik. Koko tu nanti perlu dijemur beberapa hari sampai kering.. , baru boleh jual.

Pokok koko dalam gambar tu kira baru juga ditanam. Masih boleh nampak tanah kan? Kalau pokok-pokok tu dah besar, daunnya akak merendang dan meredupkan suasana. Tu yang nyamuk suka tu.. Tanah pulak akan penuh dengan daun-daun kering yang jatuh. Setiap kali balik kampung, seronok rasanya kalau dapat pergi kebun. Dulu masa kecik-kecik pernah main masak-masak dengan sepupu kat dalam kebun tu. Kami ada pondok kecik. Kami masak betul-betul kat situ.. masak bubur lambuk! Masukkan daun-daun sayur yang ada kat sekeliling kebun kat dalam bubur tu. Sayang tak ada ambik gambar masa tu!


Posted at 10:37 am by mulan
Make a comment  

Wednesday, May 25, 2005
Kenangan zaman sekolah I


Salah satu kenangan yang paling susah kita nak lupa rasanya masa zaman sekolah dulu la kan? Tak tau la orang lain macamana. Saya selalu terkenang akan kawan-kawan masa zaman sekolah dulu. Macam-macam ada.. Bila terkenang tu, rasa nak tergelak sorang-sorang pun ada. Masa mula-mula masuk sekolah asrama (Form IV), memang nangis jer la.. first time masuk asrama ler katakan.. dah la jauh dari rumah (sekolah kat Perak). Mula-mula tak tau nak geng dengan sapa sebab saya bukannya ramah sangat pun. Lama-lama tu dapat gak geng.. ramai lak tu . Sehingga membawa kepada satu klik yang dinamakan The Back Zone sebab dok kat dorm tu kat bahagian belakang.. hehehe.. Dalam klik ni, macam-macam character ada.. yang becok, yang pendiam, yang terer gila, yang rajin, yang malas, yang suka nyanyi, yang pandai sukan, yang skema.. Tapi, dah dicampur semua, memang kelakar ler jadinya... 

Satu kisah yang takleh nak lupa ialah masa kempen pilihanraya untuk pilih wakil pelajar. Kami kena buat poster sendiri. Memang takde format poster. Apalagi, masing2 dok tenyeh kertas putih dengan magic pen etc. Jadikla macam2 poster.. lawa ke tak lawa ke kitorang tak kisah. Yang penting, kawan dlm klik kami yang jadik calon tu mesti menang.. Bila dah siap, berkobar-kobar rasanya nak menampal poster tuh. Ada satu malam tu, kitorang melukis poster waktu malam. Habis aje melukis dah pukul 11 lebih. Memang peraturan kena 'light-off' pukul 11. Camna nak light-off masing-masing tengah bersemangat nak tampal poster. Entah macamana entah kitorang ambil keputusan nak seludup keluar asrama ikut pintu belakang. Apalagi, kitorang pun ramai-ramai senyap-senyap jalan kat tepi asrama tu. Dah ler nak pergi gate asrama kena lalu rumah warden. Sampai kat tepi rumah warden tu, kitorang bongkokkan ler badan bila lalu tepi tingkap dia - takut nampak bayang. Masa tu, dah tak rasa takut dah. Padahal, warden punyalah garang!

Bila dah lepas gate asrama..kitorang macam anak ayam terlepas ler.. hepi-hepi tampal poster kat Dewan Selera, lepas tu pergi tampal dari jalan asrama menuju ke kawasan akademik. Tengah2 syok menampal, tiba-tiba terdengar suara jerit2 dari jauh. Kitorang tengok ler sapa yang menjerit tu.. Tengok2, makkkkk... cikgu S! Camno entah warden asrama tu ada kat situ. Dari jauh kitorang dah nampak dia berjalan ngan tudung labuh dia berkibaran dan tengah panggil kitorang sambil marah-marah! Punyala takut, kitorang pon bukak langkah seribu balik asrama.. yang kelakarnya, secara automatik semua lari masuk asrama, salin baju tidur then terus buat2 tengah study kat surau. Hahahah.. Sorry ler cikgu!

Endingnya, kitorang tak kena tindakan pun. Agaknya, cikgu malas dah nak layan kitorang ni. Tapi, yang bestnya dua kawan kami, menang pilihanraya tu dan dapat jadi wakil pelajar - Kira berbaloi gak ler kan?

Posted at 02:23 pm by mulan
Make a comment  

Tuesday, May 24, 2005
Kembali Mengetuk Pintu Blog :)

Hehhe.. I'm back! Entah kenapa, susah betul nak update blog ni.. tapi, hari-hari dok membaca blog orang je kejenya.. :) Lepas balik dari kursus induksi, badan letih giler. Pulak tu ditambah dengan proses pindah rumah yang buat anggota badan rasa nak tercabut. Fikir punya fikir, dah dekat sepuluh kali pindah umah selepas graduate dulu (kira dalam tempoh alam pekerjaan la..).

Jap, saya cuba senaraikan:
1. Pindah ke Permas Jaya, JB (1st job) - 1998
2. Pindah Bukit Saujana, JB (2nd job)
3. Pindah BBU (yang ni sebab rumah kat Saujana kena kosongkan)
4. Pindah Larkin (dok ngan suami.. pas kawin)
5. Pindah Melaka (tumpang rumah emak, 3rd job)
6. Pindah Johor balik, dok Taman U (ni sebab ambik master plak)
7. Pindah Melaka balik (dah habis master, pindah ke rumah sewa.. lepas tu jadik rumah sendiri, sebab beli rumah tu)
8. Pindah rumah lagi ( sebab rumah nak renovate, pindah sementara rumah lain)
9. Bakal pindah lagi.. (sebab rumah dah renovate, kena la masuk balik) - 2005

Penat woooo! Kat bawah ni, gambar rumah kat kampung bahagian dapur.. Gambar diambil waktu petang.. nampak kekuningan sebab cahaya matahari menyuluh dari depan rumah :)


Posted at 01:36 pm by mulan
Make a comment  

Tuesday, April 05, 2005
Batuk

Eee.. gatalnya tekak ni! Bila virus dah berleluasa inilah akibatnya. Minggu lepas ingatkan sakit tekak biasa2 aje. Siap eksen dengan suami konon jarang diserang demam dan batuk macam dia. Tapi, 3-4 hari lepas, sakit tekak bertukar jadi batuk pulak! Huwaaaa....! Dah la malam-malam sekarang sejuk sebab hujan aje, batuk apa lagi menjadi-jadi.. Tadi, nak tak nak pergi drive sorang-sorang ke Pantai Medical Centre. Risau jugak memikirkan trafik ngan macamana nak parking bila dah sampai nanti hehhee.. Last2 selamat jugak. Dapat ubat batuk, antibiotik, lozenge dan panadol. Haiyaaa.. kena makan ubat la pulak! Sekarang ni,suara dah bertukar jadi cam garau lak. Bila jwb @ buat call, orang dah konfius! Cepat ler baik batuk ni. Aminnnn!

Posted at 02:30 pm by mulan
Comments (4)  

Next Page

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed